Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, August 5, 2015

Rintik Hujan

Rintik hujan bagai menemani malam ku
Terdengar sepi di hujung telinga
Aku hanya kaku sendiri di situ
Membawa lamunan entah ke mana
Terlalu banyak berfikir
Aku jadi penat untuk itu
Aku jadi lelah lalu tejatuh
Entah dari mana kekuatan untuk aku bangun
Hanya Dia yang Maha Mengetahui
Aku perlu kuat
Untuk meneruskan perjalanan ini
Aku yang mulainya
Dan aku harus menamatkannya
Biar sendiri tapi berteman
Biar sepi tapi kedengaran
Aku harus mencuba
Dan aku yakin ia akan seperti biasa
Rintikan itu makin jelas kedengaran
Menemani malam-malam ku
Menemani tidur ku yang lena
Membawa seribu satu cerita 
Esok perlu diteruskan
Dengan cerita yang penuh warna warni
  
 Nurkasih Atieqah
05082015 1320

No comments: