Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, December 3, 2015

Musafir Ini

Perjalanan masih panjang
Liku-liku kehidupan silih berganti
Penat berjalan aku berhenti
Dalam kepayahan ditemani suara kekuatan
Indah hidup kian berputik
Walau dalam sukar
Keluarga sentiasa di sisi
Membawa gambaran ke hadapan
Dalam lembayung kenangan
Rintikan hujan seakan menemani
Di payungi awan gemawan yang padu
Moga ia sentiasa utuh bersama
Dalam melayari setiap musafir ini


Bingkisan Nuraniku,
Nurkasih Atieqah
03122015 1848

No comments: