Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, November 25, 2016

Lakaran Waktu


Meniti setiap detik usia
Makin terasa makin berumur
Apakah amalan telah dipersiapkan untukNya
Aku terdiam sejenak...
Memikirkan segala dosa yang telah aku lakukan
Sejarah silam mengajar ku untuk terus bangkit
Bangkit dari terus lena bermimpi
Aku yakin aku boleh
Setiap orang diberi peluang untuk berubah
Hanya kita yang mampu mengubahnya
Jika ia bermula dari hati
InshaAllah akan sampai ke hati
Moga terus istiqomah
Dalam pencarian hilawatul iman
Moga sentiasa dalam RahmatNya
Moga terus merasa adanya Dia
Aku akan terus melakar waktu
Bersama cita-cita dan impian ku
Membawa impian ibu abah bersamaku
Moga berjaya hingga jannah

Andai aku leka, nasihatilah
Andai aku tersalah kata, tegurlah
Andai aku selalu menyakitkan hati mu, maafkanlah
Aku hanya insan biasa yang banyak dosa
Halalkanlah segala makan minum ku
Ampunkan segala kesilapan ku
Moga kita bersama mendapat redhaNya
Andai lakaran waktu ku kian pudar
Doakan aku jika aku sudah tiada
Maafkan aku

Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-
25112016 1352

No comments: