Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, December 4, 2016

Aku Adalah Aku


Aku adalah aku
Seorang kakak sulung
Seorang kak yong yang garang
Seorang kak yong yang tegas
Kakak sulung yang kecil
Yang sering dikata kecil daripada adik-adik

Aku adalah aku
Dari sekolah hingga sekarang
Disisi ibuabah ku
Tidak merantau atau terpisah walau untuk seketika

Aku adalah aku
Seorang kakitangan di sebuah universiti
Seorang pekerja di sebuah fakulti
Pergi kerja pagi baliknya petang
Mungkin kerjanya tak pernah habis
Tak punya hati untuk berdiam tanpa kerja
Kadang hati ku kental
Kadang aku sendu sendiri
Walau nampak tegas
Mata kasarnya dikata garang
Aku tetap aku
Yang punya hati yang lembut
Yang realitinya mudah menangis
Itulah aku

Aku adalah aku
Punya jiwa masak yang tinggi
Tapi tidak pandai juga memasak
Cukuplah sekadar selera ibuabah ku
Hujung minggu ku bersama keluarga
Menguruskan rumah
Bagaikan seorang suri rumah

Aku adalah aku
Kadang imannya turun naik
Kadang solehahnya kurang
Kadang nakalnya tambah
Ilmu sering digali
Dari pelbagai sumber
Walau hanya dari sebuah buku cerita kanak-kanak
Kadang malasnya datang juga
Aku tetap aku

Aku adalah aku
Yang punya kisah tersendiri
Bersabar untuk sekeping hati
Di landas yang makin ku rasa sempit
Mampukah ia menjadi seindah dulu

Aku adalah aku
Langkah terus ku susun
Menyusuli segala perit getir
Kata keramat agama ku pegang erat
Nasihat ibuabah ku ingat selalu
Moga setiap degup nadi ini bersatu
Membawa nafas bersama Illahi
Doa kalian aku mohon
Moga diri ini menjadi muslim sejati
Aku kau dan kamu
Sama bersatu mencari redhNya
Aku Adalah Aku


-Nur Atiqah Salim-
101020160000

No comments: