Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, January 30, 2017

DIA

Dia
Umpama langit dan bumi
Aku dan dia berbeda
Entah sejak bila
Hati ini mula berdetik
Memikirkan dia 
Aku tersenyum sendiri
Dalam diam aku malu
Memikirkan apa yang terdetik ini
Ku cuba untuk buang
Tetapi makin ku usir dia
Makin menjadi lebar senyuman ini
Makin tersimpul-simpul malu aku tersenyum
Dalam diam aku telah jatuh suka padanya

Saat mula dia berkata-kata
Aku selalu menepis segala kata-katanya
Tapi lama kelamaan rasa itu mula menerjah
Menerjah segala ruang hidupku
Dia hanya biasa-biasa
Yang tak pernah terlintas untuk bertahta
Kerana kesopanan dan akhlaknya buat ku tertawan
Kerana dia menjaga agama Allah itu membuat hatiku terpikat
Kerana malu-malunya buat aku tersenyum
Kerana penafian dia pemalu itu membuat aku tergelak
Moga segala rasa ini dapat disimpan rapi
Moga senyuman ini membuatku melupakan kelukaan lalu
Moga terus tersenyum duhai hati


Nurkasih Atieqah
30012017
2124

2 comments:

Aliya said...

Halus cara iqa luah perasaan...I like

Nurkasih Atieqah said...

Hehehe. Kak Alia, dia baca iqa punya blog. Ngee~ Biarlah blog ini menjadi diari hidup si kecik bernama cik Nurkasih Atiqah. Hehe. :)