Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, January 12, 2017

PERMULAAN 2017

2017. Permulaan sebuah kisah. Tahun ke lapan kerjaya ku di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Fuh rasa dah tua sangat dekat sini. Hehehe. Rasanya macam semalam baru masuk kerja. Rasa masih budak lepasan SPM gitu. Hehehe. Tahun kedua menjadi staf di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan. Moga dalam peliharaan Nya. InshaAllah.

Tahun 2016, banyak perkara yang telah dipelajari sejak masuk FMSP. Banyak kerenah dan ragam manusia yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Banyak yang aku cuba pelajari tentang mereka. Sama ada dari pensyarah mahupun pelajar. Mereka banyak memberi ku panduan dalam menempuh kehidupan yang kian mencabar. Yang baik jadikan tauldan yang kurang baik kita tinggalkan. Suka duka gelak tawa semuanya di rasa. Allah itu kan Maha Adil. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. 2016 lalu banyak mengajar saya erti kehidupan dan nilai kemanusian.

Paling terkesan dan memberi impak yang besar dalam kehidupan ku ialah ketika Bengkel Kerja Satu Ibadah di Seri Menanti. Terima kasih pengurusan FMSP kerana memberi peluang dan ruang kepada kami untuk berfikir tentang kebesaran nikmat Illahi. Terima kasih ustaz Long kerana memberi ilmu yang tiada tandingannya. Akan ku cuba sedaya upaya laksanakan apa yang telah dipelajari di sana. InshaAllah.

Aku tak sempurna tapi aku mahu jadi yang sempurna.

Tak semestinya kita dapat apa yang kita mahukan. Tapi Allah berikan apa yang kita perlukan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bak kata orang kalau benci biar berpada-pada kerana takut kelak akan menjadi kecintaan mu dan kalau sayang biar berpada-pada kerana kelak bisa menjadi kebencianmu. Belajar dari pepatah itu. Aku mula bangkit meneruskan hidup. InshaAllah. Allah ada. Mengadu dengan Allah, mohon dengan Allah. 

Tahun 2017 ni road to UNR. InshaAllah. Moga diberi peluang dan ruang untuk mengejar impian.

Doa baik-baik. Mohon baik-baik. Allah Maha Mendengar. Teruskan melangkah. Semoga dipermudahkan. Road to UNR.

No comments: