Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, February 3, 2017

Alahai Jodoh!


Muka seorang abah yang sangat seronok bila dapat dukung budak kecil. 😅 
Bila sekarang ni, nampak bayi atau budak kecil ibu abah atau adik-adik akan akan membahan kak yong. Dan itulah selalu yang akan berlaku. 🙄

Kalaulah mencari suami itu semudah;
Awak suka saya tak?
Awak nak kahwin dengan saya?
Sudi tak awak jadi suami saya?

Dan terus boleh kahwin. Kan mudah? Tak gitu? 😏
Tak ada lar kak yong mereput macam ni. Hahaha. 😝 

Tapi kena ingat, jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki semua aturan Dia. Kita sebagai manusia hanya perlu usaha, doa dan tawakal.

Tak perlu mencari yang terlalu sempurna. Cukuplah sekadar yang pandai menjaga agamaNya, hormat orang tua, bertanggungjawab dan sentiasa menghargai, menghormati dan saling bertolak ansur antara pasangan. Kalau dia jaga Allah, inshaAllah dia akan boleh jaga kita. 😍

Moga Allah memberi setiap daripada kita, rezeki-rezeki yang kita perlukan bukan kita kehendaki. Doa baik-baik, mohon baik-baik. InshaAllah. Tolong doakan kak yong. 😊

No comments: