Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, February 9, 2017

GUA TEMPURUNG, GOPENG, PERAK



Kisah Sabtu yang lalu, Alhamdulillah berpeluang mengikuti Kak Juma dan Kak Ina ke Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Sebelum gerak, Iqa dan Kak Juma naik keretapi di Tanjung Malim. Belum apa-apa lagi kak juma dah berpeluh. Terpaksa lar berlari dari naik tangga turun tangga ke tempat motor kerana tertinggal handphone dalam raga motor. Adeyh kak Juma Kak Juma. Nasib baik keretapi tu tunggu, kalau tidak nayaa kita. Hihihi. Perjalanan kami seawal jam 9.30 pagi. Kami sampai di Ipoh lebih kurang jam 11.00 pagi. Kak Ina ambil di stesen Ipoh. Dan terus memecut ke Gua Tempurung. Yeehaa.

Sampai di Gua tempurung jam 12.02 minit tengahari. Nasib baik masih berpeluang untuk mengikuti Tour 3. Hanya RM 15 sahaja. Penjaga kaunter beritahu, boleh masuk dan jumpa dengan encik Nazri di dalam.






Dan alhamdulillah, selepas naik turun naik turun tangga, akhirnya jumpa dengan encik Nazri di point terakhir Tour 2. Dan kami di bawa sehingga berjumpa dengan group UPSI yang membawa pelajar antarabangsa. Dan kami bergerak sekali. 

Dalam gua tu macam-macam kami lalui antaranya menggelongsor, merangkak dalam air, jalan itik dalam air semua ada. Best sangat. Air gua tu sejuk rasa nak rendam jer lelama masa merangkak tu. Haha. Tapi apakan daya, nanti kene tinggal pula.

Kalau ikutkan perlajalan Tour 3 mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit tapi disebabkan kami 3 ketol ni mengejar group UPSI yang telah masuk lama makanya hanya 2 jam jer. Pergh power betul tenaga kami. Hik3. ;p

Selepas berpeluh-peluh melalui segala rintangan, akhirnya sampailah kami ke pintu keluar iaitu di bawah jabatan ketika masuk ke dalam gua. Satu badan basah lenjun lar. Yeehaaa. Rasa puas hati sangat. Gua Tempurung memang Ohsem lar.



Maaf yer kepada pembaca kerana ayat macam entah apa-apa jer. Almaklum lar lama dah tak mengarang. Selalu buat puisi dan pantun sahaja. Hikhikhik. Semoga terhibur dan memang sangat dialu-alukan kepada yang ingin merasai pengalaman berada di Gua Tempurung. Selamat menjelajah Perak. :)

Sekian. ;p

No comments: