Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, February 25, 2017

Pejam Celik

Pejam celik pejam celik
Hari berganti hari
Minggu berganti minggu
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
Aku makin dewasa
Dan mereka makin menginjak tua

Dari raut wajah seorang abah
Dari redupan mata seorang ibu
Aku dapat melihat
Hatinya gembira
Melihat anak-anaknya membesar
Berjaya seorang demi seorang
Dari sekolah ke universti
Dari universiti ke alam perkerjaan
Kini mereka hanya memerhati
Dari jauh doa dikirimkan
Buat anak-anak tersayang

Pejam celik pejam celik
Kedutan makin terjelas di balik raut wajah
Sakit yang dulu tiada
Kini mula menyapa
Kekuatan dulu membesarkan anak-anak
Kini ku lihat makin berkurang
Hanya segunung cinta dan kasih sayang
Membuatkan mereka sentiasa nampak kuat
Kuat di mata kami adik beradik

Pejam celik pejam celik
Aku termenung sendirian
Bisakah aku menjadi seperti mereka
Tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan hidup
Kuat  dan gigih mbesarkan anak-anak
Mendidik anak seorang demi seorang
Hingga mereka berjaya
Bukan hanya dunia semata
Tapi akhirat juga dititip rapi

Moga pejam celik aku ini
Dapat membuatkan ibu abah gembira
Bersama dengan anak-anak
Anak yang dulu di dukung rapi
Kini dibiar lepas tapi di awasi dari jauh
Moga ibu abah terus sihat
Dalam lembayung rahmat kasih Illahi
Moga aku dan adik-adik
Bisa menjadi anak yang soleh solehah
Di dunia mahupun di akhirat
Amin


25022017 0035

No comments: