Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, February 15, 2017

Saat Ibu Mula Bertanya

Di kehening pagi beralunkan kicauan burung yang indah menyapa telinga ku. Aku seakan terpegun dengan alunan merdu itu. Berlatar belakangkan bunyi enjin kereta yang telah dihidupkan beberapa minit yang lalu.

Selesai menyarungkan stokin di kaki dan menyarung wedges aku terus meluru ke kereta dan mengeluarkan kereta daripada tempat parking dan turun kembali untuk menyalam ibu yang sentiasa setia melihat ku pergi kerja.

Ibu, Ayong pergi kerja dulu yer.

Sambil hulur tangan salam dan cium tangan ibu. Peluk cium pipi dan dahi ibu seperti biasa.

Tiba-tiba ibu bersuara;
Kak awak ni bila lagi? Tak akan tak ada kawan lagi?

Entah lar ibu. Ada lar nanti. Belum ada kawan lagi. 
Sambil tersengih seperti biasa ketika soalan itu ditanya.

Ish awak ni. Kalau nak, kena cari. Bukan boleh duduk diam jer. Kene usaha juga.

Dengan laju aku terus melulu ke kereta sambil tersengeh sengeh.

Ok ibu. InshaAllah. Ada lar nanti. Ibu doakan lar yer.

Terus masuk dalam kereta sambil baca doa naik kereta dan berdesup gerak meninggalkan ibu di depan pintu.

Dalam kereta tersengeh sendiri.
Alahai ibu. Pagi-pagi dah minta ayong mencari. InshaAllah nanti ada lar yer bu. 

Ketika menjaga kanter pendaftaran kemasukan pelajar pagi tadi terdengar kata-kata seorang kakak di sebelah ku. 

Akak tu;
Akak dulu memang tak kenal pun dengan suami akak. Memang akak berserah bulat-bulat pada jodoh pilihan Allah pada akak. Kiranya family suami akak ni kawan satu kelas ke satu sekolah dengan mak ayah akak macam tu lar.

Adik tu;
Habis tu akak memang tak kenal langsung dengan suami akak lar yer? Memang tak pernah jumpa pun lar?

Akak tu;
Akak jumpa dia sekali jer masa tunang. Lepas tu memang dah tak jumpa.

Adik tu;
Habis tu suami akak macam mana? Dia pun memang tak kenal akak lar yer?

Adik tu;
Aah dia pun memang tak kenal akak. Lepas kahwin akak tanya dia, macam mana leh terima jer akak sedangkan tak kenal langsung. Dia jawab, entah dia terima jer pilihan family and berserah pada Allah.

Adik tu;
Ada juga yer perkahwinan macam tu zaman sekarang yer kak. Saya ingat zaman dulu-dulu jer.


Dan aku terkesima sendirian di situ. Allahu indahnya aturan Allah itu. Jodoh pertemuan semua dariNya. Berserah hanya padaNya. Pengharapan hanya pada Nya. Jangan letakkan pengharapan pada yang lain. Mohon yang baik-baik, doa banyak-banyak, inshaAllah.

Tiba-tiba teringat nasihat seorang abang di pejabat;
Iqa, zaman sekarang ni, bukan kita kene tunggu. Bukan lelaki sahaja yang perlu mulakan dulu, perempuan pun sama. Nak dapat yang perfect tu memang susah. Tapi jika kita dah kenal dia, berkawan dengan dia kita rasa selesa dan rasa serasi. InshaAllah boleh. Memang kalau ikut semua orang nak yang kaut agama semua tapi tak semestinya kita akan dapat. Cukuplah sekadar yang boleh kita tengok elok agamanya, dan akan dia akan saling melengkapkan kita. InshaAllah. Hidup rumah tangga ni kita tak boleh jangka Iqa. Masing-masing kene pandai uruskan ego dan emosi masing-masing.

Dan hingga ke saat ini, aku hanya ingin mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Buat tatapan dan kisah-kisah diari hidupku. Aku bukan memilih tapi aku takut untuk memulakan dan aku takut kecewa buat kali kedua. Pengalaman yang lalu mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

Assalamualaikum. 

No comments: