Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, February 26, 2017

Syurga Yang Tak Dirindukan Review


Alhamdulillah, dapat juga menonton Syurga Yang Tak Dirindukan 2 di pawagam. Lama sungguh tak menonton wayang. Meleleh-leleh air mata apabila menonton filem ini. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Siapa yang belum tengok, memang saya sarankan untuk tonton. Tak rugi tau. Tapi antara yang Syurga Yang Tak Dirindukan dengan Syurga Yang Tak Dirindukan 2, saya memilih Syurga Yang Tak Dirindukan. Tapi kedua-duanya sangat best!!!

'Siapa yang bisa menjamin orang itu baik atau tidak. Kalau bukan kita yang mempercayainya.'

'Kebahagian tidak diberikan. Tetapi bersama-sama kita ciptakan dengan saling pecaya. Disitu syurga kita.'

'Kita berdua tahu. Tidak ada perempuan yang sepenuhnya ikhlas berbagi, yang ada kita sama-sama berkorban.'

'Dia pahlawanku Ya Allah. Dia yang selamatkan aku. Tapi dia bukan hanya milikku. Aku yang memaksanya berbagi. Kalau saja aku mengenalMu lebih baik Ya Allah, aku tidak akan membangun kebahagiaan di atas air mata perempuan lain. Aku tidak akan membuat susah orang lain, juga diriku sendiri. Kau yang punya takdir Ya Allah, lindungilah aku, jagalah aku, lindungilah dia, jagalah dia.'

'Hari ini aku tutup dongengku dengan kesedihan. Agar dongeng perempuan lain mendapatkan kebahagiaan. Kerana menurutku kebahagiaan adalah ketika kita bisa membuat orang lain bahagia.'

Kalian boleh menonton filem pertama ini di astro gempak seperti link di bawah:
Syurga Yang Tak Dirindukan

Teaser Syurga Yang Tak Dirindukan 2

'Apapun yang akan aku lakukan, kamu tidak pernah tergantikan.'

'Tidak ada perempuan yang ikhlas untuk berbahagi.'

'Syurga hanyalah tempat bagi orang-orang yang selalu bersyukur dan ikhlas.'


Tabah dan ikhlasnya hati seorang wanita.
Kuatnya diri menerima sesuatu takdir.

Mana mungkin Mas Pras melepaskan isterinya Meirose pergi begitu sahaja... kerana pernikahan adalah akujanji seorang lelaki untuk melindungi seorang wanita kerana Allah, bukan hanya kerana kasih dan kasihan. Dayus melepaskan isteri pergi begitu sahaja dan nusyuz meninggalkan suami tanpa izinnya. Dan Arini yang solehah tidak akan betah menerima pengorbanan yang melanggar syariat itu walaupun dia sendiri menyayangi suami sepenuh hatinya. Lukisan perasan memang indah dan sayu... namun pelayarannya mesti dikemudi oleh syariat yang jitu. Ikhlas itu bukan hanya urusan berbagi sesama insan tetapi wajib tunduk segalanya kepada peraturan Tuhan. Pada ku yang daif ini...pilihan untuk berdamai dengan takdir bukan begitu. Akur pada takdir itu bukan menyerah kepada Tuhan yang dicipta perasaan tetapi harus patuh kepada Tuhan yang mencipta perasaan. Namun Asma Nadia memang hebat. Dia bijak dan halus mengguris kata gambaran hati wanita yang mudah terguris sehingga hati lelaki seteguh mana pun mampu menangis! - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Setiap wanita itu memang tidak suka berpoligami. Tiada seorang pun. Mana mungkin seorang isteri itu mampu membahagi kasih. Adakah benar keikhlasan itu wujud untuk berkongsi kasih? Atau semuanya hanya pergorbanan saja?

No comments: