Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, March 4, 2017

Aku dan Kerja

Dua minggu berturut aku setia di pejabat pada hari Sabtu. Memulakan rutin dengan di rumah menyiapkan sarapan ibu abah dan adik-adik di rumah. Dan selepas itu akan bersiap untuk terus ke tempat kerja. 

Kerja memang tak pernah habis. Tapi selagi termampu, inshaAllah, dengan izin Allah akan aku lakukan sehabis baik.


1 Mac 2017 yang lalu genap 2 tahun di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan. Pejam celik pejam celik dah dua tahun yer dekat sini. Teringat masa mula-mula berada di fakulti ini, pernah terdetik 'Boleh ke aku lalui semua ini di sini.' Alhamdulillah berkat doa ibu abah juga, aku kuat di sini. Sekarang berada di sini aku rasakan macam dah lama. Bagaikan satu keluarga Entah, barangkali hati sudah di curi untuk bertahta di sini. Banyak yang telah aku pelajari di sini, sama ada dari rakan sepejabat, pensyarah-pensyarah dan tidak ketinggalan juga daripada pelajar-pelajar. Aku mengenal erti hidup bagi mereka.

Walaupun baru dua tahun tapi sudah bertukar port folio dalam masa tak sampai dua tahun pun. Hehehe. Dari memegang port folio Hal Ehwal Pelajar dan sekarang port folio Pengajian Siswazah. Menjaga pelajar-pelajar master dan PhD. Menguruskan dari A-Z. Dari kemasukan hinggalah pelajar akan viva. 

Mula-mula agak takut kerana port folio ini agak mencabar sebenarnya. Dan kebanyakan fakulti lain, penolong pegawai tadbir yang uruskan. Hehehe. InshaAllah, akan ku usahakan sehabis baik. Seronok melihat keletah pelajar-pelajar ni. Lebih-lebih lagi yang dah bekerja sambil belajar. Ada yang nak jalan mudah dan ada juga usaha sendiri untuk menyelesaikan sesuatu itu. Terima kasih sebab memberi rasa kepada Cik Atiqah. Hehe. Dulu dengan pelajar diploma dan degree. Tingkah laku dan pemikiran mereka lain pula. 

Terima kasih pengalaman. Terima kasih orang yang membantu dalam memberi pengalaman. Terima kasih usikan nakal yang menyinari hidup. Kadang-kadang tergelak sendirian. Dari sekolah sampai dah kerja gosip memanjang. Mungkin sebab budak kecik kan, tu yang selalu kena sakat!

No comments: