Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, March 7, 2017

Labuhkanlah Tudung Mu

Teman,
Labuhkanlah tudung mu,
Tutupilah ia hingga ke dada mu,
Kerana di setiap inci tubuh mu,
Adalah mahkota bagi mu,
Mahkota diri seorang muslimah,
Hiasan diri hanya untuk suami mu,
Peliharalah ia bukan dibiar menjadi tatapan,
Tatapan mata-mata durjana,
Membawa khayalan entah kemana.

Muslimah itu indah,
Kerna diri mu seindah-indah perhiasan,
Peliharalah ia bagaikan permata,
Kerana permata itu tinggi nilainya,
Dirimu laksana mawar berduri,
Indah dipandangan sukar didekati,
Berduri tajam menjadi perisai,
Perisai seorang muslimah sejati.

Duhai teman,
Peliharalah aurat mu sebaiknya,
Bukan perlu bertudung seperti ustazah,
Tapi cukuplah ia seperti Allah mahukan,
Labuhkanlah ia menutupi dada mu,
Kasihankanlah ayah mu,
Kasihanilah suami mu,
Kerana kamu, syurga mereka tertunda,
Tertunda kerna dosa aurat mu.

Aku bukan ustazah,
Bukan juga seorang yang alim,
Aku hanya pendosa,
Pendosa yang sering ingin bertaubat,
Pendosa yang ingin mendapat cinta Illahi,
Aku ingin menggenggam erat tangan mu teman,
Untuk bersama kita ke syurga.

Ayuh teman,
Kita menjadi muslimah sejati,
Harum bersemi impian insani,
Moga setiap jihad kita memelihara hak Nya,
Allah juga akan menjaga hak kita,
Kerana aku ingin bersama mu disyurga,
Mari teman kita mulakan langkah,
Jangan malu jangan segan,
Allah ada bersama kita.

Salam Sayang,
Nur Atiqah Salim
0210am 06032017 

No comments: