Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, May 14, 2017

Hai Awak!

Hai awak!


Pepohon rendang ditiup angin
Angin berderu bagaikan irama
Mulut menyebut hati teringin
Bersua muka ingin bersama

Walau bersua hanya seketika
Rasa gembira usah dikata
Mata bertentang hati terbuka
Adakah ini di nama cinta

Kalau awak terasa malu
Saya juga rasa begitu
Buat keputusan jangan melulu
Nanti kehidupan jadi tak menentu

Berjalan-jalan terserempak dirinya
Tertunduk malu sepi menyapa
Andai memang aturan dari Nya
Jangan ditanya akan mengapa

Sampaikan salam hembusan rindu
Supaya reda akan keresahannya
Kalau sudah saling merindu
Simpanlah ia sampai waktunya


Nurkasih Atieqah
14052017 0143

Hari-hari yang dilalui entah mengapa diri dia yang menghantui aku. Aku pun kurang mengerti. Ke awak pun sama rindu Cik Purple ni? Ha Ha Ha. (sila cekik diri sendiri). Bye!

No comments: