Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, June 19, 2017

A.W.A.K

Awak,
Sinar mentari itu terang,
Seterang hari saya bila ingat awak.

Awak,
Akhlakmu indah sukar ditemui,
Yang membuat saya tertawan.

Awak,
Sejak kali pertama bertemu,
Keindahan agama dalam diri mu,
Buat saya terpesona,
Dalam berjuta yang lupa awak ingatkan,
Dalam terleka awak sedarkan,
Saya terpaut pada agama yang ada,
Walau saya tahu awak hanya biasa-biasa,
Tapi saya tahu,
Ada sesuatu yang bersinar dalam diri awak.

Awak,
Saya tak sesempurna Khadijah,
Saya bukan secantik Zulaikha,
Tapi saya cuba untuk menjadi yang terbaik.

Awak,
Saya tak minta banyak,
Hanya yang menjaga agama, 
Yang boleh membimbing dunia akhirat,
Yang tahu akan tanggungjawab,
Akhlaknya mulia walau tidak sesempurna nabi,
Bila berkeluarga, acuannya akan diambil dari peribadi Baginda SAW.

Awak,
Semoga berjaya dunia akhirat,
Semoga dipermudahkan segala urusan,
Awak jauh tapi dekat, 
Dekat selalu dihati. 


...CikPurple..
16062017 2353

Faith, Love, Hope, Away, Straight, Road Sign, Sky

No comments: